KKPK ?

>> Nov 17, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam dan Salam sejahtera kepada rakan sekalian,

Setelah berpenat lelah menjalankan urusan rasmi iaitu memantau pelajar menjalani latihan rasmi, saya juga dijemput untuk menghadiri kursus yang bertempat Melaka iaitu negeri yang penuh dengan sejarah. Di sinilah saya akan mengikut Kursus KKPK. KKPK ? Apa yang dimaksudkan dengan KKPK ? KKPK membawa maksud Kursus Kemahiran Asas Psikologi dan Kaunseling. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Kebajikan Pelajar, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti bersama dengan Majlis Kaunselor Kolej Komuniti (M3K).

Dalam tempoh 4 hari 3 malam yang mengikuti kursus di The Emperror Hotel Melaka ini, banyak pekara telah saya pelajari. Apa yang saya pelajari ini ? Proses kaunseling lar apa lagi yang boleh saya belajar. Dalam tempoh masa saya mengikuti kursus ini, boleh dikatakan saya seakan-akan telah Brain Wash berhabis ? Apa sal ? Dalam proses mengikuti kursus saya telah didedahkan cara untuk memberi kaunseling setelah mempelajari teori-teori kaunseling. Teori apa lagi yang perlu saya belajar. Tak cukup ke saya belajar satu semester psikologi pendidikan di UTHM sebelum ini dikenali sebagai KUiTTHO. Apa sal lagi saya perlu belajar teori ? Inilah tanggapan saya sekian lama. Namun tanggapan saya itu memang salah.

Dalam kursus ini, saya memang betul-betul diberi pendedahan cara untuk memberi kaunseling serta mempelajari cara untuk mengendalikan klien. Phewww... saya dapat merasai kaunselor yang berada di kolej saya ini, betapa susah nak mengendalikan kes bagi klien yang cukup bermasalah. Akhirnya saya dapat merasai kepenatan kaunselor saya itu. Dalam proses kaunseling ini, seseorang kaunselor itu perlu teliti ketika klien meluahkan perasaan mereka atau masalah mereka. Kaunselor ini lah berfungsi sebagai gud listener. Apa yang diingatkan oleh penceramah saya ini yang bekerja di UMT sebagai pensyarah bahawa betapa penat anda, klien sentiasa diutamakan untuk mendengar segala masalah klien yang telah kian terpendam itu. Apa yang terlintas dalam fikiran saya adalah klien sentiasa diutamakan. Apa yang menarik perhatian saya ialah klien hanya boleh meluahkan perasaannya selama 45 minit termasuk membina hubungan dengan klien serta mulanya sesi kaunseling. Nasib hanya 45 minit kalau berjam-jam dalam bilik itu bersama klien yang pasti saya akan pengsan. Ha ! Ha ! Ha ! Dalam proses memberikan kaunseling, kaunselor haruslah mengingatkan 5 perkara dahulu pada klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Apa 5 perkara itu ? 5 perkara itu adalah seperti BENAR, RAHSIA, TANGGUNGJAWAB, MASA & PERUNDANGAN. Nak tau lebih lanjut itu ? Sila rujuk dengan kaunselor di kolej masing-masing. Ha ! Ha ! Ha ! Kalau nak terang kat sini 3 hari 3 malam memang tak cukup.

Sebelum saya mengakhiri luahan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kaunselor saya yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kursus ini. Sekiranya tidak, sudah tentu saya tidak dapat merasai kepenatan dalam semua aspek yang anda bertugas sebagai kaunselor. Terima kasih banyak............................. kepada awak tanpa awak sudah tentu saya tidak mengetahui dunia anda...


yours truly,



Read more...

Fight Bek to College

Cuaca Mendung

Hari ini merupakan hari pertama saya menjejak kaki saya ke halaman kolej yang terchenta ini setelah sekian lama saya menjalankan urusan rasmi di luar pejabat sejak 04/11/2008 sehingga 07/11/2008. Pada minggu ini lar, saya bersama crew lain memantau pelajar yang dikasihi ini menjalani latihan industri. Pada minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk memantau pelajar tersebut. Namun demikian, saya bersama crew lain juga berjaya menghabiskan urusan rasmi tersebut dengan hati yang tabah dan tenang walaupun terpaksa mengharungi pelbagai halangan yang tidak dijangka......


yours truly,



Read more...

You're beautiful..........................

>> Oct 30, 2008

Cuaca Panas

Pada malam yang serba biasa aje, tiba-tiba saya terasa rindu akan sesuatu. Siapa ? Dia ke ? Atau mereka ? cinta pandang kali pertama ke? Saya terasa nak menyentuh mereka dengan tangan sendiri. Saya memang rindu akan mereka. Entah lar.. Saya terasa nak memilikinya.... Rindu saya terhadap mereka seakan saya rindu seseorang yang tak akan saya lupakan dia.... Bila lagi saya berpeluang untuk berjumpa dengan mereka lagi.?........ Rindu betul dengan mereka? persoalan ini tetap asyik bermain dalam fikiran saya. Walaupun saya hanya berjumpa dengan mereka sekali aje namun seakan tak jumpa mereka sekian lama.



yours truly



Read more...

Underwater World.. What u c ?

>> Oct 28, 2008

Cuaca Mendung


Selamat Malam & Salam Sejahtera,

Hari ini saya berkongsi sesuatu dengan anda lagi yang berkaitan kehidupan dalam laut. Dalam proses pembelajaran menjadi dive banyak kehidupan laut dapat saya pelajari terutama hidupan laut yang dibawah ini,


Hidupan laut ini dikenali sebagai NUDIBRANCH



Yang ini pulak adalah Scorpion Fish. Ikan jenis ini tak boleh disentuh tau.. Apa sal ? Sebab ikan jenis ini adalah beracun so. JANGAN SENTUH

So sesiapa yang ingin mengetahui apa yang dapat dilihat di dasar laut ini anda boleh berjumpa dengan saya untuk dapatkan lebih lanjut. Sebab kebanyakan yang saya ada adalah dalam bentuk video clip aje. So what are you waiting for.....


"DISCOVER UNDERWATER WORLD WITH ME".....


yours truly






Read more...

M.I.T

Cuaca Mendung

Selamat Malam & Salam Sejahtera kepada anda semua,


Hari ini saya nak berkongsi ngan anda semua dengan apa yang telah saya dapat pelajari selama 4 hari 3 malam ini. Apa sal nak belajar lagi ? Dah tua macam ini masih nak belajar ke ?


HARI INI DALAM SEJARAH HIDUP SAYA……..

Saya diberi sebuah buku yang berjudul "Open Water Diver manual". Buku apa ni ? Seperti modul konon bagi pelajar yang ingin belajar Scuba (Self Contained Underwater Breathing Apparatus) Diver lerr tuuuuu…….... Aiksss… Scuba Diver ? menyelam kat mana tu? Kat mana ? Kat Pulau Mabul ler tak akan mana lagi…..

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'.

Saya diberi buku untuk belajar tau. So terpaksa ler I nak belajar tu.

Buku itu seperti berikut...



Dah bukan Bahasa Melayu memang ler diwajibkan dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan buku ini meliputi 5 tajuk tau. So nak atau tidak mesti habiskan dalam tempoh 3 hari 2 malam dan termasuk 4 kali menyelam. Punyea pening I bila disuruh belajar 5 tajuk dalam tempoh 3 hari 2 malam tu. Pening siullllll…. Tapi tak ape lar. Janji I nak dapat kan lesen bah……. So apa boleh buat.. Lantak berhabis buku tu.

So perjalanan dari Semporna ke Pulau Mabul adalah dalam 45 minit. Dalam perjalanan saya ke Pulau Mabul ini banyak persoalan ditimbulkan dalam pemikiran saya? Bagaimana kehidupan yang sebenarnya di dasar laut ? Apa yang saya akan didedahkan ? Adakah hari pertama ini saya akan perlu menyelam sedalam 18 meter ? Bagaimana tempat tinggal saya di Pulau Mabul ini? Adakah tak selesa atau disebaliknya? Pelbagai persoalan inilah berkali-kali timbul dalam pemikiran saya?

Inilah contoh tempat tinggal yang terdapat di Pulau Mabul.




Jangan main ada 5 kuiz, 5 knowledge review bersama dengan final exam tu. Final exam ini lar yang akan menentukan samada awak layak dapat lesen tak.. Final exam ini termasuk 3 praktikal sekali dengan 50 soalan teori.………… (Dalam Bahasa Inggeris semua soalan tu). Saya terasa betul betapa seksa nak belajar semua bab tu dalam tempoh masa tersebut….. Pening I dibuat olehnya…. Tapi……… betapa susahnya saya telah mendapat lesen sementara dulu tersebut…. Seperti gambarajah berikut… Apa sal? Sebab original kad itu mesti dikirmbalik ke Austrialia dibawah PADI (Professional Association of Diving instructor)..




So terpaksa ler tunggu selama 2 minggu untuk dapatkan lesen yang dikeluarkan oleh PADI. Apa lagi yang sementara ini boleh pakai dulu sambil menunggu yang original punye lerrrr.. ...


So apa lagi nak tunggu,…RASAI LERRR DUNIA UNDERWATER


yours truly





Read more...

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP