HeRiTaGe OF S'kAn

>> Jul 7, 2008

Tanggal 14 June 2008 merupakan tarikh hari pertama bagi saya untuk saya memulakan expedisi melawat tempat yang bersejarah kat Sandakan. Nak lawat kat mana ? Bersabar dulu. Biarlah saya membawa anda semua ke tempat tersebut.

Sekiranya anda bersiar-siar di sepanjang Jalan Istana di Sandakan, Rumah Agnes Keith yang menjadi sebutan ramai semestinya tidak boleh dilepaskan. Dengan halaman rumput yang menghijau dan tembok papan ala kolonialnya, kediaman ini telah dipelihara oleh pihak Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Persekutuan.



Inilah tempat yang awak pasti nampak sebelum masuk ke pintu gerbang Rumah Agnes Keith.

Lepas ini u mesti nampak pintu gerbang dia tu. Macam di bawah lar tu.



Yang ini pulak gambo Rumah Agner opps Agnes Keith yang lama tu. Tak sangka kan masih nampak baru lagi.



Dah habis tengok Rumah Agnes Keith ini . Kalau dah habis dan puas tengok tu. Pastikan anda jangan terlepas peluang ke tempat yang berikut. Mana nak pergi ? Jomler biar saya bawa pergi ke.......................



Teng teng tenggggggggg............... Ini dia English Tea House.

Seterusnya, kita akan lihat pemandangan yang sungguh indah yang terdapat di English Tea House ini.




Ini adalah pemandangan dari perspeks yang lain pulak. Sungguh cantik kat sini. Kalau mereka yang ingin berbulan madu, saya syorkan tempat ini untuk anda semua. Memang romantis betul Kalau mereka yang nak meminang untuk berkahwin, inilah yang paling sesuai. Memang pasti teman sehidup anda kan bersetuju untuk berkahwin dengan anda.

Pada kali ini saja yang dapat saya sampaikan. Maka saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa bersama dengan saya. Saya bersama krew diri sendiri memohon maaf sekiranya terlanjur kata dalam episod Heritage of S'kan pada kali ini. Ingat bersama dengan saya lagi pada hari dan masa yang sama dalam rancangan Cuti-cuti Sandakan.

Read more...

CuTi-cUtI Msia

14 June merupakan tarikh terakhir bagi kakitangan KKTS bermula untuk cuti setelah sekian lama bekerja dengan tungkus lumus dalam KK. Tarikh hari ini lar semua kakitangan tersebut boleh menikmati suasana bercuti. Walau bagaimanapun, saya telah bercadang untuk bercuti di kampung saya. Cuti kat mana. Nanti saya akan bagi tau pada masa akan datang dalam tema Heritage of Sandakan.

Read more...

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP