Showing posts with label VACATION. Show all posts
Showing posts with label VACATION. Show all posts

Currently Not Available till Next Month !!

>> Jan 11, 2009

Sunny Day

Hi !! Long time didnt get contact with you all. Its a busy month for this year. At here, I would like to apologize for not update my blog since 2 January 2009. Due of the busy month let me entertain you all with a few Chinese New Year MTV for a time been. At here, I would like to wish you all HAPPY CHINESE NEW YEAR. MAY YOU DREAMS COME TRUE THROUGH OUT THIS YEAR.





Hope you all will like it. See you all again by next month. C ya !!










yours truly,

Read more...

Lawatan Melaka Part 2

>> Nov 22, 2008

Cuaca Hujan

Eye on Malaysia yang terletak di Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur, Malaysia tetapi kini telah berpindah ke Melaka telah diusahakan oleh Eye on Malaysia Sdn. Bhd.

Eye on Malaysia merupakan satu tempat pelancongan yang dapat menarik perhatian ramai pelawat tak kira samada pelawat tempatan mahupun pelawat dari luar negara yang datang ke sini untuk melihat pemandangan di sekitar bandar Melaka dari pandangan yang tinggi.

Eye on Malaysia yang terdapat di negara kita merupakan satu-satunya tempat pelancongan yang dapat meihat pemandangan pada paras 60 meter kebolehalihan tinggi pemasangan roda Ferris. Roda yang terdapat pada Eye on Malaysia ini mengandungi 42 buah gondola (termasuk 1 gondola VIP) yang boleh muatan seramai 6 orang dalam sebuah gondola.


Dalam gondola ini, para pelawat dapat menghayati satu 360 darjah pemandangan panoramik yang terdapat di Melaka dan lebih 20 kilometer bagi persekitarannya termasuk Menara Taming Sari dan Bandar Hilir Melaka.


Salah satu pemandangan yang diambil dalam gondola. Pheww !!!! Menara Taming Sari hanya terdapat di Melaka sahaja.


Tempoh masa yang diberi adalah selama 15 minit untuk menikmati pemandangan ketika anda berada di dalam gondola tersebut. Para pelawat dapat menikmati pemandangan yang cantik apabila anda berada pada paras tinggi.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa melawat
Eye on Malaysia di Melaka.



Pemandangan ini diambil dari paras bawah sebelum menaiki Eye on Malaysia. (Gambar atas)


Gambar diatas adalah pemandangan dari pintu kemasukan ke gondola. Seterusnya adalah beberapa pemandangan yang diambil dalam gondola.




Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar dalam gondola . He! he! he!




Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, maka hanya ini saya dapat berkongsi dengan anda semua tentang Eye on Malaysia yang terdapat di Melaka.



yours truly,





Read more...

Lawatan Melaka Part 1

>> Nov 17, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam & Salam Sejahtera,

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus, sudah tentu saya tak akan lepaskan peluang untuk melawat bandar yang bersejarah disamping dapat bertemu dengan rakan baik saya yang telah kian lama saya tak berjumpa dengan dia.

Walau bagaimanapun, saya pun mengambil kesempatan ini untuk menaiki Menara Taming Sari dengan rakan baik saya Azizi yang tak pernah menaiki menara ini.

Pandangan bahagian depan Menara Taming Sari tersebut.




Tanpa membuang masa, kami pun menuju ke kaunter menjual tiket.


Keadaan tempat duduk yang terdapat di dalam Menara Taming Sari.


Ini rakan baik saya yang sentiasa memberi sokongan dalam semua aspek tak kira gembira ataupun sedih. Terima kasih gg.


Pandangan yang indah dari atas menara tersebut

Setelah menaiki menara ini, saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar bersama krew Menara Taming Sari tersebut.


Ini yang dapat saya kongsi bersama dengan awak semua. Jangan lupa bersama dengan saya lagi untuk mengetahui lawatan saya ke Melaka. Jumpa lagi pada episod yang akan datang.

yours truly,



Read more...

HeRiTaGe OF S'kAn

>> Jul 7, 2008

Tanggal 14 June 2008 merupakan tarikh hari pertama bagi saya untuk saya memulakan expedisi melawat tempat yang bersejarah kat Sandakan. Nak lawat kat mana ? Bersabar dulu. Biarlah saya membawa anda semua ke tempat tersebut.

Sekiranya anda bersiar-siar di sepanjang Jalan Istana di Sandakan, Rumah Agnes Keith yang menjadi sebutan ramai semestinya tidak boleh dilepaskan. Dengan halaman rumput yang menghijau dan tembok papan ala kolonialnya, kediaman ini telah dipelihara oleh pihak Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Persekutuan.



Inilah tempat yang awak pasti nampak sebelum masuk ke pintu gerbang Rumah Agnes Keith.

Lepas ini u mesti nampak pintu gerbang dia tu. Macam di bawah lar tu.



Yang ini pulak gambo Rumah Agner opps Agnes Keith yang lama tu. Tak sangka kan masih nampak baru lagi.



Dah habis tengok Rumah Agnes Keith ini . Kalau dah habis dan puas tengok tu. Pastikan anda jangan terlepas peluang ke tempat yang berikut. Mana nak pergi ? Jomler biar saya bawa pergi ke.......................



Teng teng tenggggggggg............... Ini dia English Tea House.

Seterusnya, kita akan lihat pemandangan yang sungguh indah yang terdapat di English Tea House ini.




Ini adalah pemandangan dari perspeks yang lain pulak. Sungguh cantik kat sini. Kalau mereka yang ingin berbulan madu, saya syorkan tempat ini untuk anda semua. Memang romantis betul Kalau mereka yang nak meminang untuk berkahwin, inilah yang paling sesuai. Memang pasti teman sehidup anda kan bersetuju untuk berkahwin dengan anda.

Pada kali ini saja yang dapat saya sampaikan. Maka saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa bersama dengan saya. Saya bersama krew diri sendiri memohon maaf sekiranya terlanjur kata dalam episod Heritage of S'kan pada kali ini. Ingat bersama dengan saya lagi pada hari dan masa yang sama dalam rancangan Cuti-cuti Sandakan.

Read more...

CuTi-cUtI Msia

14 June merupakan tarikh terakhir bagi kakitangan KKTS bermula untuk cuti setelah sekian lama bekerja dengan tungkus lumus dalam KK. Tarikh hari ini lar semua kakitangan tersebut boleh menikmati suasana bercuti. Walau bagaimanapun, saya telah bercadang untuk bercuti di kampung saya. Cuti kat mana. Nanti saya akan bagi tau pada masa akan datang dalam tema Heritage of Sandakan.

Read more...

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP