Lawatan Melaka Part 2
>> Nov 22, 2008
Cuaca Hujan
Eye on Malaysia yang terletak di Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur, Malaysia tetapi kini telah berpindah ke Melaka telah diusahakan oleh Eye on Malaysia Sdn. Bhd.
Eye on Malaysia merupakan satu tempat pelancongan yang dapat menarik perhatian ramai pelawat tak kira samada pelawat tempatan mahupun pelawat dari luar negara yang datang ke sini untuk melihat pemandangan di sekitar bandar Melaka dari pandangan yang tinggi.
Eye on Malaysia yang terdapat di negara kita merupakan satu-satunya tempat pelancongan yang dapat meihat pemandangan pada paras 60 meter kebolehalihan tinggi pemasangan roda Ferris. Roda yang terdapat pada Eye on Malaysia ini mengandungi 42 buah gondola (termasuk 1 gondola VIP) yang boleh muatan seramai 6 orang dalam sebuah gondola.
Dalam gondola ini, para pelawat dapat menghayati satu 360 darjah pemandangan panoramik yang terdapat di Melaka dan lebih 20 kilometer bagi persekitarannya termasuk Menara Taming Sari dan Bandar Hilir Melaka.
Salah satu pemandangan yang diambil dalam gondola. Pheww !!!! Menara Taming Sari hanya terdapat di Melaka sahaja.
Tempoh masa yang diberi adalah selama 15 minit untuk menikmati pemandangan ketika anda berada di dalam gondola tersebut. Para pelawat dapat menikmati pemandangan yang cantik apabila anda berada pada paras tinggi.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa melawat Eye on Malaysia di Melaka.
Pemandangan ini diambil dari paras bawah sebelum menaiki Eye on Malaysia. (Gambar atas)
Gambar diatas adalah pemandangan dari pintu kemasukan ke gondola. Seterusnya adalah beberapa pemandangan yang diambil dalam gondola.
Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar dalam gondola . He! he! he!
Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, maka hanya ini saya dapat berkongsi dengan anda semua tentang Eye on Malaysia yang terdapat di Melaka.
yours truly,
2 comments:
waa...sempat bah dia pigi situ...ndak ajak aku pun...nanti 1-4 12 kita gi sana lagi ya :D
ya ler tu. Nanti kita sama2 pergi melaka jalan jalan cari makan yea.
Post a Comment