Showing posts with label RELAX. Show all posts
Showing posts with label RELAX. Show all posts

JoM jAlAn2 CaRi MaKaN kat Kuala Lumpur.....

>> Nov 23, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam n kita berjumpa lagi dalam episod jalan2 cari makan. Pada hari ini, saya akan membawa anda untuk melihat satu restotaran Jepun yang agak terkemuka dengan harga makanan yang agak berpatutan yang terletak di ONE UTAMA. Yang pasti makanan yang dihidang di restoran adalah HALAL. So mereka yang beragama Islam dijemput untuk cuba menjamu selera kat sini tanpa was-was tau. Makanan Jepun di restoran ini dikenali sebagai Yoshinoya.











Restoran ini memang terkemuka kat ONE UTAMA. So jangan ketinggalan untuk mencuba makanan kat sini. One Utama kat mana ? Ehhhhh..... Cari bah sendiri.....



Sebab kawan baik saya lagi ? Siapa ? Ah Chai ler siapa lagi. Di sini saya memang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih menemani saya semasa saya berada di Kuala Lumpur. Really thank you so much. Tanpa membuang masa lagi kami pun mula start order makanan kat sini. Oh ya , sebelum saya lupa restoran makanan Jepun mengamalkan konsep seperti fast food yang lain. Konsep apa ? Konsep layan diri. Macam kat KFC ataupun kat Mc D. So tunggu apa lagi. Kami pun mula place order. Lihat Menu tu... pelbagai jenis makanan disediakan kat situ.



Berikut adalah makanan yang saya order........ Makanan yang saya order adalah Spicy Chicken.. Memang sedap berhabis makanan lagipun harga memang berpatutan.. Lihat tu..... ada Pembuka selera, Main dishes, Pencuci mulut dan sebagainya. So jangan lupa tau cuba makanan kat restoran Jepun kalau anda semua singgah kat One Utama,






So apa lagi. Jangan lupa yea. Singgah kat restoran ini. Memang sedap makanan kat sini. Jumpa lagi pada episod yang akan datang....... See you........






yours truly,




Read more...

JoM jAlAn2 CaRi MaKaN kat Petaling Jaya.....

>> Nov 22, 2008

Cuaca Mendung

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus dekat Melaka akhirnya saya juga berpeluang untuk menikmati makan tengah hari yang terkenal dengan itik panggang. Restoran ini agak istimewa bagi saya kerana restoran mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang unik. Mengapa ? Sebab cara pengendalian makanan adalah menggunakan teknik lama untuk memanggang itik tersebut. Boleh dikatakan setiap hari tuan kedai ini akan memanggang sebanyak 60 ekor itik untuk jualan. Oleh kerana restoran ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri maka nama restoran ini dinamakan sebagai Restoran Sunrise. Restoran ini terletak di 31, Jalan 21/1, SEA Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Sekiranya anda ingin menempah itik panggang yang sedap ini boleh menghubungi tuan restoran ini iaitu 03-78769689.



Berikut adalah gambar hadapan restoran tersebut……



Restoran ini beroperasi pada pukul 11.30 pagi sehingga ke semua itik panggang ini dijual habis. Tak caya ke ? Bah ! Lihat Business hour tu……..

Sekarang caya tak? Percaya kan tapi memang laku itik panggang tu. Menurut kawan baik saya Ah Chai dalam kul 1.30 petang memang habis jual pun itik panggang tu.....

Tanpa membuang masa lagi saya bersama kawan baik saya Ah Chai pun mula place order. Dalam linkungan 10 minit, makan yang kami order pun tiba. It's lunch time..... / BON APPETIT . Makanan kat sini memang setappp sekali lihat gambar di bawah tu……… Terasa nak makan itik panggang pulakkkk...



So bagi sesiapa yang ingin menikmati itik panggang boleh ler bagi tau saya yea. Saya mesti bawa u orang makan kat sini. Sekali rasa pasti nak lagi…….. Opsss sekarang ni saya pun terasa nak makan pulak. Uhukssss.........



Ini saja saya dapat berkongsi dengan awak semua tentang itik panggang so jupe lagi pada post yang akan datang. Pasti membawa anda semua menikmati makanan yang resonable di One Utama.. Jupe lagi..........



yours truly,




Read more...

JoM jAlAn2 CaRi MaKaN kat TaWaU.....

>> Oct 15, 2008

CUACA PANAS
Selamat Malam kepada anda semua. Hari ini saya nak perkenalkan satu restoran baru.. Opsss bukan baru lerrrrrrrrrrrrrrr dah lama beroperasi kat Tawau ini. Restoran ini merupakan satu-satunya restoran Indonedsia yang terdapat di Tawau. Apa nama restauran itu ? Itu dia Restoran Indo Food. Dalam restoran ini terdapat pelbagai jenis makanan ala indonesia.


Restoran ini terletak di Pusat Perdagangan Bazhong yang sama baris dengan Restoran Kayu Manis. Dengan ini, saya pun bercadang mengajak kengkawans i kat kolej yang terchenta untuk merasai makanan ala Indonesia ini. Tanpa membuang masa lagi, marilah saya memperkenalkan gengkawans saya iaitu Puan Mia N Mat6. Kedua-dua tetamu khas ini merupakan jemputan saya pada kali ini.

Setelah sampai kat situ I and the geng pun sibuk mencari tempat duduk kat situ. Punyea ramai pelanggan masa tiba kat situ. Tapi tak ramai sangat sehingga nak berdiri punnnnnnnnnnnnnn. ...... ha ha . Pas tu kami pun mula berorder makanan kat situ. Punye sentak tetamu khas i tu. Bergolek-golek mencari makanan yang paling sedap sebelum place order. Oleh kerana terlalu sedap, tetamu khas i tak tau nak order makanan apa kat situ... Tanpa berlengah masa, saya pun order ayem penyetttt.. oppsss, Ayam Penyet n tetamu khas i order nasi lalap berserta ngan ayem penyet.. OPPPSSS salah lagi.. Ayam Penyet, Tgk tu .. sedap sampai error typing pulak ...... Dalam 10 minit pun, makanan yang telah diorder tu pun sampai. Tetamu khas i pun mula BON Appetit ..Tak sangka betul tetamu khas i makan sampai tak bercakap pun..Sedap sehingga menjilat jari.... Opsss . Bukan KFC yea walaupun ayam juga jadi main dish dia pulak....



Ini kali saja saya dapat berkongsi makanan yang setap tu....... bersama dengan anda semua. Jangan lupa bersama dengan saya lagi bersama krew Jom sama2 cari makan pada kali ini..
:eheh:

Read more...

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP