Showing posts with label Services. Show all posts
Showing posts with label Services. Show all posts

Malaysian Hospitality...MAS

>> Nov 18, 2008

Cuaca Mendung

More than just an airline code. MH is Malaysian Hospitality.

Cogan kata diatas telah mencerminkan keperbadian sebuah sistem penerbangan yang terkenal di negara kita iaitu MAS Malaysian Airlines System. Hari ini merupakan hari terakhir yang berada di Kuala Lumpur setelah bertungkus lumus menjalankan tugasan rasmi di luar pejabat setelah 2 minggu tidak balik ke pejabat seperti biasa. Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam dan 30 minit dan seterusnya ke Tawau mengambil masa 30 minit. Whewww…… hanya naik kapal terbang aje telah mengambil masa 3 jam. Itu baru dalam kapal terbang belum lagi mengambil masa perjalanan darat. Kalau semua itu diambl kira maka lebih kurang 5 jam baru sampai dekat rumah yang dah lama saya tidak menjejaki dalam bilik saya yang penuh dengan habuk……

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, saya sungguh terharu dengan layanan yang diberikan oleh oleh anak-anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Syarikat ini mengamalkan konsep More Than Just An Airline Code. Malaysian Hospitality (MH). Sungguh tak sangka begitu kerap saya menaiki kapal terbang, pada hari ini sahaja saya dapat merasai kemesraan yang begitu profesional yang diberikan oleh anak-anak kapal. Sungguh terharu !!!. Layanan yang diberikan sungguh mesra sekali sehingga saya tidak dapat menyatakan apa-apa. Senyuman yang diberikan oleh anak-anak kapal begitu manis serta mesra sehingga tak ternyata. Dengan kemesraan mereka, saya juga berkesempatan untuk bergambar dengan anak-anak kapal MH 2662.


Gambar dibawah merupakan senyuman mesra yang diberikan oleh anak-anak kapal.



Dalam perjalanan ini jugak anak-anak kapal Malaysia Airline System telah menyajikan makanan ringan sebelum sampai ke Kota Kinabalu. Berikut adalah packaging makanan yang dihidangkan oleh MAS. Sungguh seimbang dalam makanan yang disajikan itu.

Berikut adalah packaging makanan yang digunakan oleh MAS. Sungguh unik packaging mereka yang sememangnya menarik perhatian saya.


Walau bagaimanapun, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak kapal MH 2662 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu seterusnya ke Tawau atas layanan anda semua. Syabas & Tahniah teruskan usaha lagi bagi memantapkan lagi Malaysian Hospitality ini………..


yours truly



Read more...

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP