Teknologi VS Manusia...

>> Dec 5, 2008

Cuaca Mendung

Honda ialah sebuah syarikat pengeluaran yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun. Dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor. Dengan kehebatan syarikat ini, maka wujud teknologi yang terkini iaitu....



He walks. He runs.
And perhaps most importantly,
He inspires us all the dream………


Inilah dia ASIMO teknologi yang terkini oleh HONDA......


ASIMO yang telah dilancarkan pada 14.11.2008 merupakan satu teknologi yang sungguh mengagumkan pada masa kini. ASIMO / "Advanced Step in Innovative MObility" (アシモ, ashimo) merupakan satu robot manusia yang dicipta oleh Honda Motor Company. Ketinggian Asimo ini adalah 130 sentimeter (4 kaki 3 inci) dan beratnya 54 kilogram (119 paun). Rekaan Asimo ini adalah seakan-akan sebuah robot yang menyerupai seorang angkasawan kecil memakai sebuah beg galas dan boleh berjalan dengan kelajuan sehingga 6 km/h (4.3 mph).

Keistimewaan ASIMO adalah dapat berjalan, bercakap, menyanyi, naik tangga, turun tangga dan sebagainya. Apa yang dapat dijalankan oleh seseorang individu maka ASIMO memang dapat jalankan.




Lihat gambar dibawah. Boleh hantar makanan kepada klien. Sungguh tak caya kan…. Phew…..






Itulah kehebatan teknologi Honda. Honda…..The Power of Dreams


yours truly

2 comments:

^aNgRiAni^ December 6, 2008 at 6:19 PM  

asal u promote honda? ada dapat komisen ka? lol :D

Wilson December 6, 2008 at 8:18 PM  

Tak ler. Nak bagi tau u orang HONDA telah mencpta suatu yang tak sangka mahh

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP