Bye Bye 2008 (Year of the Rat)

>> Dec 31, 2008

Cuaca Cerah




Setelah kian lama sibuk bekerja tak sangka Tahun 2008 telah berakhir pada hari ini. Mulai esok bermulanya tahun baru iaitu bermulanya Tahun 2009 merangkap Tahun Lembu. Banyak cabaran akan bermula dengan tahun baru itu.

Pada tahun 2008 ini terdapat banyak kenangan manis, pahit, gembira, sedih, duka, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, anggaplah kenangan pahit itu sebagai satu pengajaran manakala kenangan manis itu sebagai satu kenangan yang sentiasa diingati selamanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan yang berada di sisi saya yang sentiasa memberi sokongan secara langsung ataupun tak langsung bagi mengharungi tahun 2008 sebagai satu tahun yang begitu bermakna bagi saya. Thank you all of you.

Dengan ini, saya juga mengambil kesempatan ini juga mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU SEMOGA MENDAPAT MURAHAN REZEKI PADA TAHUN 2009.

yours truly,

Read more...

Outstation Again !!!!

>> Dec 27, 2008

Cuaca Mendung

Selamat pagi n salam sejahtera,

Dah lama saya tak update blog saya ni. Kalau tak silap nak masuk 2 minggu ler. Dah kian lama sibuk ngan core business saya sehingga kini masih sibuk lagi dengan pelbagai kerja urusan rasmi yang tak siap lagi. Walau bagaimanapun, saya tetap akan meluangkan masa untuk mengupdatekan blog saya ni.

Pada hari ini, saya ingin bercerita sedikit dengan pengalaman saya bersama rakan sepejabat saya iaitu Kak Nur ngan Mat 6 yang menghadapi pembentangan kertas kerja Sempena Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pada hari itu bersama dengan 01 Disember 2008 merupakan hari yang terakhir bagi kami menjejak tapak kaki di Tawau untuk membentangkan kertas Pembentangan Seminar Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) di Kuala Lumpur. Kertas Pembentangan yang dihasilkan oleh ahli kumpulan saya amat saya hargai. Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Mat 6 dengan Kak Nur yang turut hadir untuk Seminar Kebangsaan pada kali ini. Kami berasa terkilan kerana rakan baik kami, Cik Beatrice Lim tidak dapat mengikuti Seminar Kebangsaan ini. Walau bagaimanapun, semua berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan selama ini.

Dengan ini, saya mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang bertungkuslumus untuk menyiapkan kertas pembentangan. Thanks a lot guys. Kamu semua mesti tertanya siapa Mat 6 ngan Kak Nur... yang kerap saya sebutkan nama mereka. Teng teng..... tenggggggggggggggggg................

Ini dia MAt 6 dan Kak Nur yang menemani antara satu sama lain ketika nak berangkat ke Kuala Lumpur. Gambar ini diambil dalam penerbangan Airbus MH 2617...... Thanks a lot guys...............



Mereka berdua memang sayang-menyayangi antara satu sama lain bagaikan....... (faham sendiri lar. Tak perlu sebut kat sini. Kalau nak sebut 3 hari 3 malam memang tak habis)

Pada mulanya saya berasa sedikit Jakun untuk menaiki airbus ke Kuala Lumpur. Apa sal ? Inilah kali kedua saya menaiki airbusler... Dengan itu saya pun mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar dalam airbus tu. Lihat tu... berposing pulak ketika mengambil gambar dalam airbus..

Memang Jakun betul kali kedua saya menaiki airbus ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pengalaman untuk menaiki airbus amat saya hargai. Dengan ini saya berharap dapat menaiki airbus sekali lagi. Till then c ya..


yours truly,



Read more...

SIEW LAN..OH! SIEW LAN!

>> Dec 9, 2008

Sejak minggu lepas, i memang bizi dengan my core business. So takda masa nak beronline lor. But, it's ok bah...dah memang kerja i kan. Yang i tak puashati...ada manusia yang kurang ajar...mengganggu ketenteraman dan kedamaian hidup i! Tau laa ko manusia yang bernama SIEW LAN (takda nama lain ke ?) takda kerja, apasal mau buat kerja yang tak berfaedah tu ? Kalau nak buat kerja lebih, buatlah yang halal...boleh kasi makan anak bini...or so on laaaa!. I memang geram tahap gila b**i ok.

I heran laaa...kenapa nak buat fitnah pasal diri i ? I ada makan duit u ker ? Ko tanggung hidup i ker ? Or i ada sakitkan hati ko yang busuk tu ? Just tell me..no need to fitnah i kat msjbox! I terbaca fitnah manusia durjana ni last week time kat KLIA...on the way balik Tawau. Ni mesej bau t**k manusia tu!

siew lan : alo.. lama x jumpa dgn u. bgus2 aa..
siew lan : dulu time kat u, u suka kacau amoi. Sekarang time kerja suka kacau isteri orang ke ? i know ur background...
(Khamis 04. Dec 2008 12:46 pm GMT+8)

What the hell he/she talking about ? Ni orang pegi sekolah punya ayat ka? Bila masa i kacau amoi ? Pastu cakap i kacau isteri orang ? Apa yang dia tau pasal background i ? Ok, ni i mau kasi tau...

I dah dapat detect ko punya IP address
SIEW LAN! U better watch out! Ko ingat ko bermain dengan sapa ? I tau ko kat mana...SATU OPIS DENGAN I
! Ko ingat aku cakap kosong kan ? Hehehehehehehe...ko belum tau siapa i! I ada bukti!

Memandangkan ko dah buat fitnah yang melampau...so i pun tak teragak-agak nak ambil tindakan yang melampau! So, hal ni i dah rujuk dengan pihak polis dan kawan i yang berkerja sebagai pengamal undang-undang...peguam laa b***h! Jangan pandang i sebelah mata...jangan ingat i tak berani...ini WILSON ok!

So...be prepare
SIEW LAN! Sudah berak, pandai-pandailah basuh bontot sendiri! You're SUCK man!

Read more...

Teknologi VS Manusia...

>> Dec 5, 2008

Cuaca Mendung

Honda ialah sebuah syarikat pengeluaran yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun. Dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor. Dengan kehebatan syarikat ini, maka wujud teknologi yang terkini iaitu....



He walks. He runs.
And perhaps most importantly,
He inspires us all the dream………


Inilah dia ASIMO teknologi yang terkini oleh HONDA......


ASIMO yang telah dilancarkan pada 14.11.2008 merupakan satu teknologi yang sungguh mengagumkan pada masa kini. ASIMO / "Advanced Step in Innovative MObility" (アシモ, ashimo) merupakan satu robot manusia yang dicipta oleh Honda Motor Company. Ketinggian Asimo ini adalah 130 sentimeter (4 kaki 3 inci) dan beratnya 54 kilogram (119 paun). Rekaan Asimo ini adalah seakan-akan sebuah robot yang menyerupai seorang angkasawan kecil memakai sebuah beg galas dan boleh berjalan dengan kelajuan sehingga 6 km/h (4.3 mph).

Keistimewaan ASIMO adalah dapat berjalan, bercakap, menyanyi, naik tangga, turun tangga dan sebagainya. Apa yang dapat dijalankan oleh seseorang individu maka ASIMO memang dapat jalankan.




Lihat gambar dibawah. Boleh hantar makanan kepada klien. Sungguh tak caya kan…. Phew…..






Itulah kehebatan teknologi Honda. Honda…..The Power of Dreams


yours truly

Read more...

谢谢您们陪伴..........感恩您.....

>> Dec 1, 2008

Cuaca Panas


Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi saya. Dalam tempoh perjalanan hidup saya ini, tidak pernah ku menghadapai cabaran yang sedemikian. Cabaran apa? Tentu anda semua tertanya-tanya. Apa yang saya maksudkan ini? Hari ini saya dengan geng kawan sepejabat merangkap kawan baik (Kak Sis dengan suami yang terchenta / kasihi ) yang telah kukenali selama 11 tahun akan menempuhi perjalanan hidup kami dengan penuh cabaran dan banyak lagi tidak dapat ku ucapkan. Pada hari ini kami akan outstation lagi…… kat KL untuk pembentangan Kertas Pembentangan kami. Kami bertiga akan membentang kertas pembentangan kami di salah sebuah hotel yang dihadiri oleh semua kakitangan awam yang berpengalaman. Memang kami berasa xcited, gelisah, cemas dan lain-lain perasaan lagi yang tidak dapat kubayangkan. Walau bagaimanapun, kami akan menghadapi dengan cabaran ini dengan hati yang tabah. Tidak lupakan juga kawan baik kami yang bekerja di UMS, Beatrice Lim yang turut terlibat dalam menyiapkan kertas pembentangan ini serta memberi tunjuk ajar yang begitu bermakna serta geng kawan sepejabat saya. Thank you so much.......

Terima kasih kepada anda semua kerana sentiasa berada di sisi untuk menyokong antara satu sama lain bagi menyiapkan kertas pembentangan ini walau terpaksa menghadapi pelbagai halangan. Tanpa pertolongan anda semua tidak mungkin kertas pembentangan ini akan siap pada masa yang telah ditetapkan.

JASA ANDA SEMUA SENTIASA KU INGAT


yours truly,

Read more...

ChOcOLaTe TiMe..............

>> Nov 24, 2008

Cuaca Mendung


Coklat ? Apa yang anda dapat bayangkan dengan coklat ? Sebagai satu pencuci mulut atau sebagai satu pembuka selera? Namun begitu, sejak zaman dahulu lagi coklat merupakan satu makanan yang istimewa atau sebagai satu ubat untuk memulihkan semangat manusia. Di sinilah kilang tersebut akan menawarkan anda pelbagai jenis coklat sebagai satu pilihan abadi coklat yang menampilkan pelbagai rasa untuk memenuhi setiap keperluan anda bagi meneruskan hidup anda sehingga ke satu gigitan syurga.


Berly’s Chocolate & Confectionary Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya kilang yang didirikan di alamat No. 2, Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Di kilang ini, anda dapat melihat pelbagai jenis coklat yang dijual di sini. Di Berly’s ini anda dapat menikmati pelbagai jenis coklat yang dihasilkan. Ini kerana di kilang menggunakan semua bahan yang terbaik bagi menghasilkan kualiti coklat yang bermutu yang setanding dengan negara lain.

Jadi, tunggu apa lagi, Jom kita lihat di mana letaknya kilang coklat ini ? Kilang ini terletak seperti pada peta dibawah……..


Setibanya saya di kilang ini, sungguh tak sangka… cantik betul, bahkan seperti kompleks membeli coklat. Mengapa ? Memang tak macam kilang. Tak caya ? Bah u lihat sendiri……..


Dah saya bagi tau tak percaya pulakkk.. Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah model jam yang berbentuk coklat serta buah koko yang terbesar sekali. Memang unik n cantik sungguh model jam tu dengan buah koko. Sebenar jam ini tak berfungsi pun hanya sekadar model sahaja. Uhukssss... Lihat tu...


Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar di depan kilang tersebut. Lihat tu...


Bagi mereka yang sangat suka akan coklat boleh lar anda singgah pada Berly's Chocolate & Confectionary Sdn. Bhd. untuk membeli pelbagai jenis coklat yang mempunyai rasa unik dan citarasa yang tertentu........... "Kenalilah Dunia Coklat yang mempunyai citarasa yang unik"


yours truly,



Read more...

JoM jAlAn2 CaRi MaKaN kat Kuala Lumpur.....

>> Nov 23, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam n kita berjumpa lagi dalam episod jalan2 cari makan. Pada hari ini, saya akan membawa anda untuk melihat satu restotaran Jepun yang agak terkemuka dengan harga makanan yang agak berpatutan yang terletak di ONE UTAMA. Yang pasti makanan yang dihidang di restoran adalah HALAL. So mereka yang beragama Islam dijemput untuk cuba menjamu selera kat sini tanpa was-was tau. Makanan Jepun di restoran ini dikenali sebagai Yoshinoya.











Restoran ini memang terkemuka kat ONE UTAMA. So jangan ketinggalan untuk mencuba makanan kat sini. One Utama kat mana ? Ehhhhh..... Cari bah sendiri.....



Sebab kawan baik saya lagi ? Siapa ? Ah Chai ler siapa lagi. Di sini saya memang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih menemani saya semasa saya berada di Kuala Lumpur. Really thank you so much. Tanpa membuang masa lagi kami pun mula start order makanan kat sini. Oh ya , sebelum saya lupa restoran makanan Jepun mengamalkan konsep seperti fast food yang lain. Konsep apa ? Konsep layan diri. Macam kat KFC ataupun kat Mc D. So tunggu apa lagi. Kami pun mula place order. Lihat Menu tu... pelbagai jenis makanan disediakan kat situ.



Berikut adalah makanan yang saya order........ Makanan yang saya order adalah Spicy Chicken.. Memang sedap berhabis makanan lagipun harga memang berpatutan.. Lihat tu..... ada Pembuka selera, Main dishes, Pencuci mulut dan sebagainya. So jangan lupa tau cuba makanan kat restoran Jepun kalau anda semua singgah kat One Utama,






So apa lagi. Jangan lupa yea. Singgah kat restoran ini. Memang sedap makanan kat sini. Jumpa lagi pada episod yang akan datang....... See you........






yours truly,




Read more...

JoM jAlAn2 CaRi MaKaN kat Petaling Jaya.....

>> Nov 22, 2008

Cuaca Mendung

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus dekat Melaka akhirnya saya juga berpeluang untuk menikmati makan tengah hari yang terkenal dengan itik panggang. Restoran ini agak istimewa bagi saya kerana restoran mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang unik. Mengapa ? Sebab cara pengendalian makanan adalah menggunakan teknik lama untuk memanggang itik tersebut. Boleh dikatakan setiap hari tuan kedai ini akan memanggang sebanyak 60 ekor itik untuk jualan. Oleh kerana restoran ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri maka nama restoran ini dinamakan sebagai Restoran Sunrise. Restoran ini terletak di 31, Jalan 21/1, SEA Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Sekiranya anda ingin menempah itik panggang yang sedap ini boleh menghubungi tuan restoran ini iaitu 03-78769689.



Berikut adalah gambar hadapan restoran tersebut……



Restoran ini beroperasi pada pukul 11.30 pagi sehingga ke semua itik panggang ini dijual habis. Tak caya ke ? Bah ! Lihat Business hour tu……..

Sekarang caya tak? Percaya kan tapi memang laku itik panggang tu. Menurut kawan baik saya Ah Chai dalam kul 1.30 petang memang habis jual pun itik panggang tu.....

Tanpa membuang masa lagi saya bersama kawan baik saya Ah Chai pun mula place order. Dalam linkungan 10 minit, makan yang kami order pun tiba. It's lunch time..... / BON APPETIT . Makanan kat sini memang setappp sekali lihat gambar di bawah tu……… Terasa nak makan itik panggang pulakkkk...



So bagi sesiapa yang ingin menikmati itik panggang boleh ler bagi tau saya yea. Saya mesti bawa u orang makan kat sini. Sekali rasa pasti nak lagi…….. Opsss sekarang ni saya pun terasa nak makan pulak. Uhukssss.........



Ini saja saya dapat berkongsi dengan awak semua tentang itik panggang so jupe lagi pada post yang akan datang. Pasti membawa anda semua menikmati makanan yang resonable di One Utama.. Jupe lagi..........



yours truly,




Read more...

Lawatan Melaka Part 2

Cuaca Hujan

Eye on Malaysia yang terletak di Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur, Malaysia tetapi kini telah berpindah ke Melaka telah diusahakan oleh Eye on Malaysia Sdn. Bhd.

Eye on Malaysia merupakan satu tempat pelancongan yang dapat menarik perhatian ramai pelawat tak kira samada pelawat tempatan mahupun pelawat dari luar negara yang datang ke sini untuk melihat pemandangan di sekitar bandar Melaka dari pandangan yang tinggi.

Eye on Malaysia yang terdapat di negara kita merupakan satu-satunya tempat pelancongan yang dapat meihat pemandangan pada paras 60 meter kebolehalihan tinggi pemasangan roda Ferris. Roda yang terdapat pada Eye on Malaysia ini mengandungi 42 buah gondola (termasuk 1 gondola VIP) yang boleh muatan seramai 6 orang dalam sebuah gondola.


Dalam gondola ini, para pelawat dapat menghayati satu 360 darjah pemandangan panoramik yang terdapat di Melaka dan lebih 20 kilometer bagi persekitarannya termasuk Menara Taming Sari dan Bandar Hilir Melaka.


Salah satu pemandangan yang diambil dalam gondola. Pheww !!!! Menara Taming Sari hanya terdapat di Melaka sahaja.


Tempoh masa yang diberi adalah selama 15 minit untuk menikmati pemandangan ketika anda berada di dalam gondola tersebut. Para pelawat dapat menikmati pemandangan yang cantik apabila anda berada pada paras tinggi.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa melawat
Eye on Malaysia di Melaka.



Pemandangan ini diambil dari paras bawah sebelum menaiki Eye on Malaysia. (Gambar atas)


Gambar diatas adalah pemandangan dari pintu kemasukan ke gondola. Seterusnya adalah beberapa pemandangan yang diambil dalam gondola.




Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar dalam gondola . He! he! he!




Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, maka hanya ini saya dapat berkongsi dengan anda semua tentang Eye on Malaysia yang terdapat di Melaka.



yours truly,





Read more...

Malaysian Hospitality...MAS

>> Nov 18, 2008

Cuaca Mendung

More than just an airline code. MH is Malaysian Hospitality.

Cogan kata diatas telah mencerminkan keperbadian sebuah sistem penerbangan yang terkenal di negara kita iaitu MAS Malaysian Airlines System. Hari ini merupakan hari terakhir yang berada di Kuala Lumpur setelah bertungkus lumus menjalankan tugasan rasmi di luar pejabat setelah 2 minggu tidak balik ke pejabat seperti biasa. Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam dan 30 minit dan seterusnya ke Tawau mengambil masa 30 minit. Whewww…… hanya naik kapal terbang aje telah mengambil masa 3 jam. Itu baru dalam kapal terbang belum lagi mengambil masa perjalanan darat. Kalau semua itu diambl kira maka lebih kurang 5 jam baru sampai dekat rumah yang dah lama saya tidak menjejaki dalam bilik saya yang penuh dengan habuk……

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, saya sungguh terharu dengan layanan yang diberikan oleh oleh anak-anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Syarikat ini mengamalkan konsep More Than Just An Airline Code. Malaysian Hospitality (MH). Sungguh tak sangka begitu kerap saya menaiki kapal terbang, pada hari ini sahaja saya dapat merasai kemesraan yang begitu profesional yang diberikan oleh anak-anak kapal. Sungguh terharu !!!. Layanan yang diberikan sungguh mesra sekali sehingga saya tidak dapat menyatakan apa-apa. Senyuman yang diberikan oleh anak-anak kapal begitu manis serta mesra sehingga tak ternyata. Dengan kemesraan mereka, saya juga berkesempatan untuk bergambar dengan anak-anak kapal MH 2662.


Gambar dibawah merupakan senyuman mesra yang diberikan oleh anak-anak kapal.



Dalam perjalanan ini jugak anak-anak kapal Malaysia Airline System telah menyajikan makanan ringan sebelum sampai ke Kota Kinabalu. Berikut adalah packaging makanan yang dihidangkan oleh MAS. Sungguh seimbang dalam makanan yang disajikan itu.

Berikut adalah packaging makanan yang digunakan oleh MAS. Sungguh unik packaging mereka yang sememangnya menarik perhatian saya.


Walau bagaimanapun, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak kapal MH 2662 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu seterusnya ke Tawau atas layanan anda semua. Syabas & Tahniah teruskan usaha lagi bagi memantapkan lagi Malaysian Hospitality ini………..


yours truly



Read more...

Lawatan Melaka Part 1

>> Nov 17, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam & Salam Sejahtera,

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus, sudah tentu saya tak akan lepaskan peluang untuk melawat bandar yang bersejarah disamping dapat bertemu dengan rakan baik saya yang telah kian lama saya tak berjumpa dengan dia.

Walau bagaimanapun, saya pun mengambil kesempatan ini untuk menaiki Menara Taming Sari dengan rakan baik saya Azizi yang tak pernah menaiki menara ini.

Pandangan bahagian depan Menara Taming Sari tersebut.




Tanpa membuang masa, kami pun menuju ke kaunter menjual tiket.


Keadaan tempat duduk yang terdapat di dalam Menara Taming Sari.


Ini rakan baik saya yang sentiasa memberi sokongan dalam semua aspek tak kira gembira ataupun sedih. Terima kasih gg.


Pandangan yang indah dari atas menara tersebut

Setelah menaiki menara ini, saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar bersama krew Menara Taming Sari tersebut.


Ini yang dapat saya kongsi bersama dengan awak semua. Jangan lupa bersama dengan saya lagi untuk mengetahui lawatan saya ke Melaka. Jumpa lagi pada episod yang akan datang.

yours truly,



Read more...

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP