Cuaca Mendung
Selamat Malam & Salam Sejahtera kepada anda semua,
Hari ini saya nak berkongsi ngan anda semua dengan apa yang telah saya dapat pelajari selama 4 hari 3 malam ini. Apa sal nak belajar lagi ? Dah tua macam ini masih nak belajar ke ?
HARI INI DALAM SEJARAH HIDUP SAYA……..
Saya diberi sebuah buku yang berjudul "Open Water Diver manual". Buku apa ni ? Seperti modul konon bagi pelajar yang ingin belajar Scuba (Self Contained Underwater Breathing Apparatus) Diver lerr tuuuuu…….... Aiksss… Scuba Diver ? menyelam kat mana tu? Kat mana ? Kat Pulau Mabul ler tak akan mana lagi…..
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'.
Saya diberi buku untuk belajar tau. So terpaksa ler I nak belajar tu.
Buku itu seperti berikut...
Dah bukan Bahasa Melayu memang ler diwajibkan dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan buku ini meliputi 5 tajuk tau. So nak atau tidak mesti habiskan dalam tempoh 3 hari 2 malam dan termasuk 4 kali menyelam. Punyea pening I bila disuruh belajar 5 tajuk dalam tempoh 3 hari 2 malam tu. Pening siullllll…. Tapi tak ape lar. Janji I nak dapat kan lesen bah……. So apa boleh buat.. Lantak berhabis buku tu.
So perjalanan dari Semporna ke Pulau Mabul adalah dalam 45 minit. Dalam perjalanan saya ke Pulau Mabul ini banyak persoalan ditimbulkan dalam pemikiran saya? Bagaimana kehidupan yang sebenarnya di dasar laut ? Apa yang saya akan didedahkan ? Adakah hari pertama ini saya akan perlu menyelam sedalam 18 meter ? Bagaimana tempat tinggal saya di Pulau Mabul ini? Adakah tak selesa atau disebaliknya? Pelbagai persoalan inilah berkali-kali timbul dalam pemikiran saya?
Inilah contoh tempat tinggal yang terdapat di Pulau Mabul.
Jangan main ada 5 kuiz, 5 knowledge review bersama dengan final exam tu. Final exam ini lar yang akan menentukan samada awak layak dapat lesen tak.. Final exam ini termasuk 3 praktikal sekali dengan 50 soalan teori.………… (Dalam Bahasa Inggeris semua soalan tu). Saya terasa betul betapa seksa nak belajar semua bab tu dalam tempoh masa tersebut….. Pening I dibuat olehnya…. Tapi……… betapa susahnya saya telah mendapat lesen sementara dulu tersebut…. Seperti gambarajah berikut… Apa sal? Sebab original kad itu mesti dikirmbalik ke Austrialia dibawah PADI (Professional Association of Diving instructor)..
So terpaksa ler tunggu selama 2 minggu untuk dapatkan lesen yang dikeluarkan oleh PADI. Apa lagi yang sementara ini boleh pakai dulu sambil menunggu yang original punye lerrrr.. ...
So apa lagi nak tunggu,…RASAI LERRR DUNIA UNDERWATER
yours truly
Read more...