ChOcOLaTe TiMe..............

>> Nov 24, 2008

Cuaca Mendung


Coklat ? Apa yang anda dapat bayangkan dengan coklat ? Sebagai satu pencuci mulut atau sebagai satu pembuka selera? Namun begitu, sejak zaman dahulu lagi coklat merupakan satu makanan yang istimewa atau sebagai satu ubat untuk memulihkan semangat manusia. Di sinilah kilang tersebut akan menawarkan anda pelbagai jenis coklat sebagai satu pilihan abadi coklat yang menampilkan pelbagai rasa untuk memenuhi setiap keperluan anda bagi meneruskan hidup anda sehingga ke satu gigitan syurga.


Berly’s Chocolate & Confectionary Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya kilang yang didirikan di alamat No. 2, Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Di kilang ini, anda dapat melihat pelbagai jenis coklat yang dijual di sini. Di Berly’s ini anda dapat menikmati pelbagai jenis coklat yang dihasilkan. Ini kerana di kilang menggunakan semua bahan yang terbaik bagi menghasilkan kualiti coklat yang bermutu yang setanding dengan negara lain.

Jadi, tunggu apa lagi, Jom kita lihat di mana letaknya kilang coklat ini ? Kilang ini terletak seperti pada peta dibawah……..


Setibanya saya di kilang ini, sungguh tak sangka… cantik betul, bahkan seperti kompleks membeli coklat. Mengapa ? Memang tak macam kilang. Tak caya ? Bah u lihat sendiri……..


Dah saya bagi tau tak percaya pulakkk.. Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah model jam yang berbentuk coklat serta buah koko yang terbesar sekali. Memang unik n cantik sungguh model jam tu dengan buah koko. Sebenar jam ini tak berfungsi pun hanya sekadar model sahaja. Uhukssss... Lihat tu...


Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar di depan kilang tersebut. Lihat tu...


Bagi mereka yang sangat suka akan coklat boleh lar anda singgah pada Berly's Chocolate & Confectionary Sdn. Bhd. untuk membeli pelbagai jenis coklat yang mempunyai rasa unik dan citarasa yang tertentu........... "Kenalilah Dunia Coklat yang mempunyai citarasa yang unik"


yours truly,



Read more...

JoM jAlAn2 CaRi MaKaN kat Kuala Lumpur.....

>> Nov 23, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam n kita berjumpa lagi dalam episod jalan2 cari makan. Pada hari ini, saya akan membawa anda untuk melihat satu restotaran Jepun yang agak terkemuka dengan harga makanan yang agak berpatutan yang terletak di ONE UTAMA. Yang pasti makanan yang dihidang di restoran adalah HALAL. So mereka yang beragama Islam dijemput untuk cuba menjamu selera kat sini tanpa was-was tau. Makanan Jepun di restoran ini dikenali sebagai Yoshinoya.











Restoran ini memang terkemuka kat ONE UTAMA. So jangan ketinggalan untuk mencuba makanan kat sini. One Utama kat mana ? Ehhhhh..... Cari bah sendiri.....



Sebab kawan baik saya lagi ? Siapa ? Ah Chai ler siapa lagi. Di sini saya memang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih menemani saya semasa saya berada di Kuala Lumpur. Really thank you so much. Tanpa membuang masa lagi kami pun mula start order makanan kat sini. Oh ya , sebelum saya lupa restoran makanan Jepun mengamalkan konsep seperti fast food yang lain. Konsep apa ? Konsep layan diri. Macam kat KFC ataupun kat Mc D. So tunggu apa lagi. Kami pun mula place order. Lihat Menu tu... pelbagai jenis makanan disediakan kat situ.



Berikut adalah makanan yang saya order........ Makanan yang saya order adalah Spicy Chicken.. Memang sedap berhabis makanan lagipun harga memang berpatutan.. Lihat tu..... ada Pembuka selera, Main dishes, Pencuci mulut dan sebagainya. So jangan lupa tau cuba makanan kat restoran Jepun kalau anda semua singgah kat One Utama,






So apa lagi. Jangan lupa yea. Singgah kat restoran ini. Memang sedap makanan kat sini. Jumpa lagi pada episod yang akan datang....... See you........






yours truly,




Read more...

JoM jAlAn2 CaRi MaKaN kat Petaling Jaya.....

>> Nov 22, 2008

Cuaca Mendung

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus dekat Melaka akhirnya saya juga berpeluang untuk menikmati makan tengah hari yang terkenal dengan itik panggang. Restoran ini agak istimewa bagi saya kerana restoran mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang unik. Mengapa ? Sebab cara pengendalian makanan adalah menggunakan teknik lama untuk memanggang itik tersebut. Boleh dikatakan setiap hari tuan kedai ini akan memanggang sebanyak 60 ekor itik untuk jualan. Oleh kerana restoran ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri maka nama restoran ini dinamakan sebagai Restoran Sunrise. Restoran ini terletak di 31, Jalan 21/1, SEA Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Sekiranya anda ingin menempah itik panggang yang sedap ini boleh menghubungi tuan restoran ini iaitu 03-78769689.



Berikut adalah gambar hadapan restoran tersebut……



Restoran ini beroperasi pada pukul 11.30 pagi sehingga ke semua itik panggang ini dijual habis. Tak caya ke ? Bah ! Lihat Business hour tu……..

Sekarang caya tak? Percaya kan tapi memang laku itik panggang tu. Menurut kawan baik saya Ah Chai dalam kul 1.30 petang memang habis jual pun itik panggang tu.....

Tanpa membuang masa lagi saya bersama kawan baik saya Ah Chai pun mula place order. Dalam linkungan 10 minit, makan yang kami order pun tiba. It's lunch time..... / BON APPETIT . Makanan kat sini memang setappp sekali lihat gambar di bawah tu……… Terasa nak makan itik panggang pulakkkk...



So bagi sesiapa yang ingin menikmati itik panggang boleh ler bagi tau saya yea. Saya mesti bawa u orang makan kat sini. Sekali rasa pasti nak lagi…….. Opsss sekarang ni saya pun terasa nak makan pulak. Uhukssss.........



Ini saja saya dapat berkongsi dengan awak semua tentang itik panggang so jupe lagi pada post yang akan datang. Pasti membawa anda semua menikmati makanan yang resonable di One Utama.. Jupe lagi..........



yours truly,




Read more...

Lawatan Melaka Part 2

Cuaca Hujan

Eye on Malaysia yang terletak di Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur, Malaysia tetapi kini telah berpindah ke Melaka telah diusahakan oleh Eye on Malaysia Sdn. Bhd.

Eye on Malaysia merupakan satu tempat pelancongan yang dapat menarik perhatian ramai pelawat tak kira samada pelawat tempatan mahupun pelawat dari luar negara yang datang ke sini untuk melihat pemandangan di sekitar bandar Melaka dari pandangan yang tinggi.

Eye on Malaysia yang terdapat di negara kita merupakan satu-satunya tempat pelancongan yang dapat meihat pemandangan pada paras 60 meter kebolehalihan tinggi pemasangan roda Ferris. Roda yang terdapat pada Eye on Malaysia ini mengandungi 42 buah gondola (termasuk 1 gondola VIP) yang boleh muatan seramai 6 orang dalam sebuah gondola.


Dalam gondola ini, para pelawat dapat menghayati satu 360 darjah pemandangan panoramik yang terdapat di Melaka dan lebih 20 kilometer bagi persekitarannya termasuk Menara Taming Sari dan Bandar Hilir Melaka.


Salah satu pemandangan yang diambil dalam gondola. Pheww !!!! Menara Taming Sari hanya terdapat di Melaka sahaja.


Tempoh masa yang diberi adalah selama 15 minit untuk menikmati pemandangan ketika anda berada di dalam gondola tersebut. Para pelawat dapat menikmati pemandangan yang cantik apabila anda berada pada paras tinggi.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa melawat
Eye on Malaysia di Melaka.



Pemandangan ini diambil dari paras bawah sebelum menaiki Eye on Malaysia. (Gambar atas)


Gambar diatas adalah pemandangan dari pintu kemasukan ke gondola. Seterusnya adalah beberapa pemandangan yang diambil dalam gondola.




Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar dalam gondola . He! he! he!




Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, maka hanya ini saya dapat berkongsi dengan anda semua tentang Eye on Malaysia yang terdapat di Melaka.



yours truly,





Read more...

Malaysian Hospitality...MAS

>> Nov 18, 2008

Cuaca Mendung

More than just an airline code. MH is Malaysian Hospitality.

Cogan kata diatas telah mencerminkan keperbadian sebuah sistem penerbangan yang terkenal di negara kita iaitu MAS Malaysian Airlines System. Hari ini merupakan hari terakhir yang berada di Kuala Lumpur setelah bertungkus lumus menjalankan tugasan rasmi di luar pejabat setelah 2 minggu tidak balik ke pejabat seperti biasa. Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam dan 30 minit dan seterusnya ke Tawau mengambil masa 30 minit. Whewww…… hanya naik kapal terbang aje telah mengambil masa 3 jam. Itu baru dalam kapal terbang belum lagi mengambil masa perjalanan darat. Kalau semua itu diambl kira maka lebih kurang 5 jam baru sampai dekat rumah yang dah lama saya tidak menjejaki dalam bilik saya yang penuh dengan habuk……

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, saya sungguh terharu dengan layanan yang diberikan oleh oleh anak-anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Syarikat ini mengamalkan konsep More Than Just An Airline Code. Malaysian Hospitality (MH). Sungguh tak sangka begitu kerap saya menaiki kapal terbang, pada hari ini sahaja saya dapat merasai kemesraan yang begitu profesional yang diberikan oleh anak-anak kapal. Sungguh terharu !!!. Layanan yang diberikan sungguh mesra sekali sehingga saya tidak dapat menyatakan apa-apa. Senyuman yang diberikan oleh anak-anak kapal begitu manis serta mesra sehingga tak ternyata. Dengan kemesraan mereka, saya juga berkesempatan untuk bergambar dengan anak-anak kapal MH 2662.


Gambar dibawah merupakan senyuman mesra yang diberikan oleh anak-anak kapal.



Dalam perjalanan ini jugak anak-anak kapal Malaysia Airline System telah menyajikan makanan ringan sebelum sampai ke Kota Kinabalu. Berikut adalah packaging makanan yang dihidangkan oleh MAS. Sungguh seimbang dalam makanan yang disajikan itu.

Berikut adalah packaging makanan yang digunakan oleh MAS. Sungguh unik packaging mereka yang sememangnya menarik perhatian saya.


Walau bagaimanapun, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak kapal MH 2662 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu seterusnya ke Tawau atas layanan anda semua. Syabas & Tahniah teruskan usaha lagi bagi memantapkan lagi Malaysian Hospitality ini………..


yours truly



Read more...

Lawatan Melaka Part 1

>> Nov 17, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam & Salam Sejahtera,

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus, sudah tentu saya tak akan lepaskan peluang untuk melawat bandar yang bersejarah disamping dapat bertemu dengan rakan baik saya yang telah kian lama saya tak berjumpa dengan dia.

Walau bagaimanapun, saya pun mengambil kesempatan ini untuk menaiki Menara Taming Sari dengan rakan baik saya Azizi yang tak pernah menaiki menara ini.

Pandangan bahagian depan Menara Taming Sari tersebut.




Tanpa membuang masa, kami pun menuju ke kaunter menjual tiket.


Keadaan tempat duduk yang terdapat di dalam Menara Taming Sari.


Ini rakan baik saya yang sentiasa memberi sokongan dalam semua aspek tak kira gembira ataupun sedih. Terima kasih gg.


Pandangan yang indah dari atas menara tersebut

Setelah menaiki menara ini, saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar bersama krew Menara Taming Sari tersebut.


Ini yang dapat saya kongsi bersama dengan awak semua. Jangan lupa bersama dengan saya lagi untuk mengetahui lawatan saya ke Melaka. Jumpa lagi pada episod yang akan datang.

yours truly,



Read more...

KKPK ?

Cuaca Mendung

Selamat Malam dan Salam sejahtera kepada rakan sekalian,

Setelah berpenat lelah menjalankan urusan rasmi iaitu memantau pelajar menjalani latihan rasmi, saya juga dijemput untuk menghadiri kursus yang bertempat Melaka iaitu negeri yang penuh dengan sejarah. Di sinilah saya akan mengikut Kursus KKPK. KKPK ? Apa yang dimaksudkan dengan KKPK ? KKPK membawa maksud Kursus Kemahiran Asas Psikologi dan Kaunseling. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Kebajikan Pelajar, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti bersama dengan Majlis Kaunselor Kolej Komuniti (M3K).

Dalam tempoh 4 hari 3 malam yang mengikuti kursus di The Emperror Hotel Melaka ini, banyak pekara telah saya pelajari. Apa yang saya pelajari ini ? Proses kaunseling lar apa lagi yang boleh saya belajar. Dalam tempoh masa saya mengikuti kursus ini, boleh dikatakan saya seakan-akan telah Brain Wash berhabis ? Apa sal ? Dalam proses mengikuti kursus saya telah didedahkan cara untuk memberi kaunseling setelah mempelajari teori-teori kaunseling. Teori apa lagi yang perlu saya belajar. Tak cukup ke saya belajar satu semester psikologi pendidikan di UTHM sebelum ini dikenali sebagai KUiTTHO. Apa sal lagi saya perlu belajar teori ? Inilah tanggapan saya sekian lama. Namun tanggapan saya itu memang salah.

Dalam kursus ini, saya memang betul-betul diberi pendedahan cara untuk memberi kaunseling serta mempelajari cara untuk mengendalikan klien. Phewww... saya dapat merasai kaunselor yang berada di kolej saya ini, betapa susah nak mengendalikan kes bagi klien yang cukup bermasalah. Akhirnya saya dapat merasai kepenatan kaunselor saya itu. Dalam proses kaunseling ini, seseorang kaunselor itu perlu teliti ketika klien meluahkan perasaan mereka atau masalah mereka. Kaunselor ini lah berfungsi sebagai gud listener. Apa yang diingatkan oleh penceramah saya ini yang bekerja di UMT sebagai pensyarah bahawa betapa penat anda, klien sentiasa diutamakan untuk mendengar segala masalah klien yang telah kian terpendam itu. Apa yang terlintas dalam fikiran saya adalah klien sentiasa diutamakan. Apa yang menarik perhatian saya ialah klien hanya boleh meluahkan perasaannya selama 45 minit termasuk membina hubungan dengan klien serta mulanya sesi kaunseling. Nasib hanya 45 minit kalau berjam-jam dalam bilik itu bersama klien yang pasti saya akan pengsan. Ha ! Ha ! Ha ! Dalam proses memberikan kaunseling, kaunselor haruslah mengingatkan 5 perkara dahulu pada klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Apa 5 perkara itu ? 5 perkara itu adalah seperti BENAR, RAHSIA, TANGGUNGJAWAB, MASA & PERUNDANGAN. Nak tau lebih lanjut itu ? Sila rujuk dengan kaunselor di kolej masing-masing. Ha ! Ha ! Ha ! Kalau nak terang kat sini 3 hari 3 malam memang tak cukup.

Sebelum saya mengakhiri luahan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kaunselor saya yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kursus ini. Sekiranya tidak, sudah tentu saya tidak dapat merasai kepenatan dalam semua aspek yang anda bertugas sebagai kaunselor. Terima kasih banyak............................. kepada awak tanpa awak sudah tentu saya tidak mengetahui dunia anda...


yours truly,



Read more...

Fight Bek to College

Cuaca Mendung

Hari ini merupakan hari pertama saya menjejak kaki saya ke halaman kolej yang terchenta ini setelah sekian lama saya menjalankan urusan rasmi di luar pejabat sejak 04/11/2008 sehingga 07/11/2008. Pada minggu ini lar, saya bersama crew lain memantau pelajar yang dikasihi ini menjalani latihan industri. Pada minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk memantau pelajar tersebut. Namun demikian, saya bersama crew lain juga berjaya menghabiskan urusan rasmi tersebut dengan hati yang tabah dan tenang walaupun terpaksa mengharungi pelbagai halangan yang tidak dijangka......


yours truly,



Read more...

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP