KKPK ?

>> Nov 17, 2008

Cuaca Mendung

Selamat Malam dan Salam sejahtera kepada rakan sekalian,

Setelah berpenat lelah menjalankan urusan rasmi iaitu memantau pelajar menjalani latihan rasmi, saya juga dijemput untuk menghadiri kursus yang bertempat Melaka iaitu negeri yang penuh dengan sejarah. Di sinilah saya akan mengikut Kursus KKPK. KKPK ? Apa yang dimaksudkan dengan KKPK ? KKPK membawa maksud Kursus Kemahiran Asas Psikologi dan Kaunseling. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Kebajikan Pelajar, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti bersama dengan Majlis Kaunselor Kolej Komuniti (M3K).

Dalam tempoh 4 hari 3 malam yang mengikuti kursus di The Emperror Hotel Melaka ini, banyak pekara telah saya pelajari. Apa yang saya pelajari ini ? Proses kaunseling lar apa lagi yang boleh saya belajar. Dalam tempoh masa saya mengikuti kursus ini, boleh dikatakan saya seakan-akan telah Brain Wash berhabis ? Apa sal ? Dalam proses mengikuti kursus saya telah didedahkan cara untuk memberi kaunseling setelah mempelajari teori-teori kaunseling. Teori apa lagi yang perlu saya belajar. Tak cukup ke saya belajar satu semester psikologi pendidikan di UTHM sebelum ini dikenali sebagai KUiTTHO. Apa sal lagi saya perlu belajar teori ? Inilah tanggapan saya sekian lama. Namun tanggapan saya itu memang salah.

Dalam kursus ini, saya memang betul-betul diberi pendedahan cara untuk memberi kaunseling serta mempelajari cara untuk mengendalikan klien. Phewww... saya dapat merasai kaunselor yang berada di kolej saya ini, betapa susah nak mengendalikan kes bagi klien yang cukup bermasalah. Akhirnya saya dapat merasai kepenatan kaunselor saya itu. Dalam proses kaunseling ini, seseorang kaunselor itu perlu teliti ketika klien meluahkan perasaan mereka atau masalah mereka. Kaunselor ini lah berfungsi sebagai gud listener. Apa yang diingatkan oleh penceramah saya ini yang bekerja di UMT sebagai pensyarah bahawa betapa penat anda, klien sentiasa diutamakan untuk mendengar segala masalah klien yang telah kian terpendam itu. Apa yang terlintas dalam fikiran saya adalah klien sentiasa diutamakan. Apa yang menarik perhatian saya ialah klien hanya boleh meluahkan perasaannya selama 45 minit termasuk membina hubungan dengan klien serta mulanya sesi kaunseling. Nasib hanya 45 minit kalau berjam-jam dalam bilik itu bersama klien yang pasti saya akan pengsan. Ha ! Ha ! Ha ! Dalam proses memberikan kaunseling, kaunselor haruslah mengingatkan 5 perkara dahulu pada klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Apa 5 perkara itu ? 5 perkara itu adalah seperti BENAR, RAHSIA, TANGGUNGJAWAB, MASA & PERUNDANGAN. Nak tau lebih lanjut itu ? Sila rujuk dengan kaunselor di kolej masing-masing. Ha ! Ha ! Ha ! Kalau nak terang kat sini 3 hari 3 malam memang tak cukup.

Sebelum saya mengakhiri luahan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kaunselor saya yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kursus ini. Sekiranya tidak, sudah tentu saya tidak dapat merasai kepenatan dalam semua aspek yang anda bertugas sebagai kaunselor. Terima kasih banyak............................. kepada awak tanpa awak sudah tentu saya tidak mengetahui dunia anda...


yours truly,



2 comments:

^aNgRiAni^ November 18, 2008 at 9:19 PM  

waaaaa...pasni boleh jadi pembantu kaunselor...hebat laaa you :D

Wilson November 18, 2008 at 9:23 PM  

ya ler. demi awak i sanggup membakar diri. uhuksss

Wilson's Followers

  © Blogger template Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP